Some placeholder content for the first collapse component of this multi-collapse example. This panel is hidden by default but revealed when the user activates the relevant trigger.
SOALAN LAZIM TIPS

Pengajar boleh melayari laman web TiPS di pautan https://tips.tvet.gov.my untuk maklumat lanjut atau hubungi Bahagian Pembangunan Kompetensi Pengajar TVET di talian 03-55438200 atau emel ke eprofilinggrp@ciast.gov.my.

Boleh, Pengajar daripada pusat bertauliah swasta boleh mendaftar dalam TiPS melalui pusat bertauliah dan telah mempunyai perakuan personel yang aktif dalam MySPIKE. PB yang telah berdaftar dan aktif dalam MySPIKE secara automatik berada dalam sistem TiPS.

Sistem pangkalan data berpusat dalam talian berkaitan profil kompetensi pengajar TVET dan merupakan platform untuk mengukur tahap kompetensi pengajar dan keperluan latihan secara berstruktur dan sistematik.

Penilaian kompetensi pengajar TVET bertujuan untuk mengenalpasti tahap kompetensi pengajar dan seterusnya perancangan latihan yang berstruktur dan sistematik dapat dilaksanakan melalui platform TiPS.

Pengajar dapat mengenalpasti tahap kompetensi semasa dan berpeluang untuk hadir latihan melalui platform TiPS.

Sistem atas talian yang dibangunkan dengan kepakaran dalaman (inhouse) untuk mengumpul, menganalisa potensi dan kompetensi Pengajar TVET serta latihan yang diperlukan untuk menutup jurang kemahiran. Ia boleh dicapai melalui capaian https://tips.tvet.gov.my

Sistem TiPS bertujuan sebagai pangkalan data berpusat mengenai profil kompetensi dan menyediakan pelan hala tuju latihan yang berkesan kepada pengajar TVET negara berdasarkan jurang kompetensi yang wujud pada setiap pengajar TVET supaya latihan yang berkualiti dapat disampaikan kepada pelatih. Ia juga sebagai platform untuk membangunkan pengajar bidang kemahiran bertaraf dunia yang berpengetahuan, kompeten, berdisiplin dan responsif terhadap perubahan persekitaran dan teknologi.

Motto bagi sistem ini ialah “Right Trainer, Right Training, Right Time” sesuai dengan kebolehan projek ini dimana keperluan latihan pengajar boleh diukur dan disahkan oleh penyelia seterusnya perancangan dan pelaksanaan latihan dapat dioptimumkan dan memenuhi sasaran.

Profil Kompetensi Pengajar TVET adalah satu projek dimana pengumpulan keterampilan pengajar TVET dikumpul dan disatukan untuk dibandingkan dengan senarai abiliti (Ability Checklist) untuk mendapatkan jurang kompetensi pengajar. Senarai abiliti (Ability Checklist) dihasilkan dengan menggunakan kaedah CUDBAS (Curriculum Development Based on Vocational Ability Structure).

Pengajar TVET awam dan swasta daripada agensi yang telah berdaftar dengan Sistem TiPS.

Penilaian kompetensi pengajar TVET bertujuan untuk mengenalpasti tahap kompetensi pengajar dan seterusnya perancangan latihan yang berstruktur dan sistematik dapat dilaksanakan melalui platform TiPS.

Admin Institut (AI) masing-masing bertanggungjawab mengesahkan maklumat pendaftaran setelah personel mendaftar.

Terdapat tiga (3) komponen kompetensi yang perlu dinilai oleh seseorang pengajar iaitu:
1. Komponen Vokasional/Profesional;
2. Komponen Pedagogikal/Sosial dan
3. Komponen Pengurusan.

Penilaian kompetensi pengajar TVET perlu dilaksanakan sekali bagi setiap tahun. Tempoh penilaian akan ditetapkan dan notifikasi penilaian akan dipaparkan di laman utama Sistem TiPS.

Sistem TiPS akan menyediakan laporan berdasarkan skor penilaian yang telah dilaksanakan oleh pengajar TVET. Laporan yang boleh dijana dalam TiPS adalah Laporan Peta Abiliti pengajar dan Laporan analisa kompetensi pengajar.
TVET Instructor eProfiling System © 2025 Hak Cipta Terpelihara.
Salurkan aduan dan masalah berkaitan TiPS ke emel rasmi eprofilinggrp@ciast.gov.my