Some placeholder content for the first collapse component of this multi-collapse example. This panel is hidden by default but revealed when the user activates the relevant trigger.
PENGENALAN TIPS
Latar Belakang

Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) telah meletakkan satu daripada enam teras iaitu meningkatkan pembangunan modal insan untuk negara maju. Salah satu daripada usaha untuk memenuhi teras ini adalah dengan membangunkan pangkalan data berpusat mengenai profil jurang kompetensi dan menyediakan pelan hala tuju latihan yang berkesan. Untuk memenuhi matlamat ini satu projek Profil Kompetensi Pengajar TVET diperkenalkan. Projek ini bertujuan menutup jurang yang wujud pada setiap Pengajar TVET supaya latihan yang berkualiti dapat disampaikan kepada pelatih. Ia juga membangunkan pengajar bidang kemahiran bertaraf dunia yang berpengetahuan, kompeten, berdisiplin dan responsif terhadap perubahan persekitaran dan teknologi.

TVET Instructor eProfiling System (TiPS) adalah satu sistem dalam talian yang dibangunkan menggunakan kepakaran dalaman CIAST sepenuhnya untuk mengukur tahap kompetensi semasa pengajar mengikut bidang masing-masing, menganalisis tahap kompetensi pengajar bagi membolehkan perancangan dan pelaksanaan latihan yang tepat dapat dilaksanakan. Dalam RMKe-11, data kompetensi pengajar TVET dianalisis dan digunakan untuk pelaksanaan latihan menggunakan peruntukan di bawah program Upskilling dan Reskilling serta Latihan Sangkutan Industri (LSI) dan juga kegunaan dalaman di peringkat agensi masing-masing. Kesinambungan projek ini diteruskan dalam RMKe-12, dengan objektif memperkukuhkan pangkalan data TiPS melalui pembangunan modul baharu dan menambah baik modul sedia ada serta memperluaskan akses TiPS kepada seluruh pengajar TVET di institusi TVET awam dan swasta.

Tujuan

Profil Kompetensi Pengajar TVET adalah satu projek dimana pengumpulan keterampilan pengajar kemahiran dikumpul dan disatukan untuk dibandingkan dengan senarai abiliti (Ability Checklist) untuk mendapatkan jurang kompetensi pengajar. Senarai abiliti (Ability Checklist) dihasilkan dengan menggunakan kaedah CUDBAS (Curriculum Development Based on Vocational Ability Structure).

Profil Kompetensi Pengajar TVET adalah untuk mengenalpasti jurang kompetensi pengajar kemahiran dengan kaedah yang sistematik supaya perancangan dan pelaksanaan latihan yang tepat dan berstruktur dapat dikenalpasti dan dilaksanakan dalam membangunkan pengajar bidang kemahiran bertaraf dunia yang berpengetahuan, kompeten dan responsif.

Motto bagi TiPS “Right Trainer, Right Training, Right Time” sesuai dengan kebolehan projek ini dimana keperluan latihan pengajar boleh diukur dan disahkan oleh penyelia seterusnya kos latihan dapat dioptimumkan dan memenuhi sasaran.

Skop

Projek ini merangkumi 2 skop berikut:

  1. Pembangunan Sistem Pangkalan Data Profil Kompetensi Pengajar TVET (eProfiling).
  2. Perancangan dan pelaksanaan aktiviti untuk tutup jurang kompetensi pengajar melalui tindakan pelaksanaan latihan yang bersesuaian.
Kitaran Proses Profiling

Kitaran bagi proses profiling kompetensi pengajar dalam TiPS seperti berikut:

  1. Pendaftaran Pengajar TVET
    • Pengajar mendaftar dalam TiPS
    • Admin Institut mengaktifkan dan mengesahkan maklumat personel pengajar
  2. Kemaskini Maklumat Personel
    • Pengajar mengemaskini maklumat personel, perjawatan, kelulusan, bidang kompetensi, penglibatan dan anugerah
    • Admin Institut mengesahkan maklumat perjawatan pengajar
    • Admin Institut mengemaskini personel penyelia bagi setiap pengajar
  3. Penilaian Kompetensi
    • Admin Institut mengemaskini maklumat bidang kompetensi di institut
    • Pengajar tambah dan kemaskini bidang kompetensi semasa
    • Pengajar melengkapkan penilaian kompetensi
    • Penyelia menilai kompetensi pengajar dibawah selian
  4. Laporan Kompetensi
    • Laporan peta abiliti kompetensi pengajar dijana
    • Laporan analisa kompetensi pengajar dijana
  5. Perancangan Latihan
    • Institut dapat merancang dan merekabentuk latihan kepada pengajar berdasarkan analisa kompetensi TiPS
  6. Pelaksanaan Latihan menggunakan Platform TiPS
    • Latihan/kursus kepada pengajar (Reskilling, Upskillign, Profesional)
    • Latihan Sangkutan Industri (LSI)
    • Perkongsian Kepakaran Industri (PKI)
    • Coaching and Mentoring
  7. Penilaian Abiliti Selepas Hadir Kursus
    • Kompetensi pengajar selepas hadir kursus dapat dianalisa
  8. Pentaksiran Pengajar TVET
    • Pentaksiran pengajar dapat dilaksanakan berdasarkan laporan kompetensi dan latihan yang dihadiri melalui TiPS
TVET Instructor eProfiling System © 2025 Hak Cipta Terpelihara.
Salurkan aduan dan masalah berkaitan TiPS ke emel rasmi eprofilinggrp@ciast.gov.my