Some placeholder content for the first collapse component of this multi-collapse example. This panel is hidden by default but revealed when the user activates the relevant trigger.
PERKHIDMATAN TIPS

Projek Profil Kompetensi Pengajar TVET bertujuan menutup jurang kompetensi Pengajar TVET melalui perancangan secara berstruktur dan sistematik. TiPS yang dibangunkan sebagai Sistem pangkalan data berpusat dalam talian berkaitan profil kompetensi pengajar TVET sebagai Platform mengukur tahap kompetensi pengajar dan keperluan latihan bagi mengenalpasti tahap kompetensi pengajar TVET supaya perancangan, pelaksanaan latihan pengajar yang tepat dan berstruktur dikenalpasti dapat dilaksanakan bagi pembangunan kepakaran dan kerjaya pengajar TVET Negara.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan oleh TiPS adalah seperti berikut :

Pengurusan Personel TVET

Platform bagi pengurusan maklumat peribadi, jawatan, kelulusan, penglibatan, pencapaian dan latihan pengajar TVET.

Data Raya Pengajar TVET

Salah satu dashboard dalam Data Raya TVET Madani bagi komponen pengajar TVET.

Analisa Kompetensi Pengajar TVET

Platform yang menyediakan analisa jurang kompetensi pengajar TVET.

Latihan Pengguna TiPS

Merancang dan melaksanakan program latihan kepada pengguna TiPS iaitu Kursus Aplikasi TiPS dan Asas CUDBAS kepada personel Pentadbir TiPS dan Penyelaras Latihan.

Pembangunan Bidang Kompetensi

Merancang dan melaksanakan bengkel pembangunan bidang kompetensi seperti Pembangunan Abiliti Check List dan Pemetaan Silibus-NOSS.

Pembangunan Fasilitator TiPS

Merancang dan melaksanakan program latihan pembangunan personel fasilitator TiPS seperti CUDBAS Leader dan TiPS Leader dikalangan Pengajar TVET.

Penilaian Kompetensi Pengajar TVET

Platform bagi Pengajar TVET membuat penilaian kompetensi mengikut bidang & dinilai oleh Penyelia. Komponen penilaian adalah Pedagogi/Sosial, Vokasional/Profesional, Khas dan Pengurusan Latihan TVET

Laporan Kompetensi Pengajar TVET

Laporan Status Pendaftaran dan Penilaian, Laporan Peta Abiliti Pengajar, Laporan Analisa Kompetensi Pengajar, Laporan Pembangunan Kemahiran Pengajar TVET & Laporan Latihan Sangkutan Industri (LSI)

Pembangunan Kepakaran dan Profesionalisma Pengajar TVET

Platform pelaksanaan latihan Pengajar TVET iaitu Resklling, Upskilling, Profesional dan New Emerging Technology.

TVET Instructor Technology Update (TITU)

Platform pelaksanaan Program Latihan Sangkutan Industri Pengajar TVET (LSI), Perkongsian Kepakaran Industri (PKI) dan Coaching & Mentoring Pengajar TVET.

TVET Instructor eProfiling System © 2025 Hak Cipta Terpelihara.
Salurkan aduan dan masalah berkaitan TiPS ke emel rasmi eprofilinggrp@ciast.gov.my